apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


17 Mei 2009

pasir kubur – zOOm M’siA

alamak!! tajuk entry macam seerem ajer.. bermula dengan cakap2 merapu kosong jer tiba2 menjadi sesuatu yang agak menarik untuk di zOOm M’siA..


ptg jumaat terlepas dengan penat lelah setelah mengecat dinding partition, tiba2 ada pulak usul untuk gi bershopping kelah pada hari ahad… maka dengan perancangan yang ad-hoc itu telah memberikan keluarga peserta2 dengan tugas masing2…


keluarga fahmi – makanan berasakan roti dan air *air batu lupa lah pulak..

keluarga hasbi – makanan berasaskan mee *keropok lupa lah pulak..

keluarga aku – makanan berasaskan ayam *sos lupa lah pulak…


setelah pembahagian harta tugas diberikan.. maka, berduyun2lah keluarga2 tersebut mencari jodoh bahan… hari jumaat dah kira ok.. hari sabtu..?? pihak pengurusan telah menyembunyikan menghilangkan diri..!! maka, jadi ke tak nie???


haruslah kerja en. fahmi untuk menjejak along pihak pengurusan yang bertanggungjawab, setelah menghubungi talian kontrak tetap.. tak de jawapan. maka kenalah menghubungi talian tak berapa nak tetap.. akhirnyer!!!! dapat juga keputusannya iaitu :- batal bereh.. esok kul 9 pagi!!!! kalau tak jadi, nampaknye aku kena buat kenduri bakar ayam kat umah lah… dan en. fahmi kena buka supermarket gerai jual sandwich kat depan umah ler..


pagi nie gerak khas pada jam 9.30 tepat.. check point pertama sure lah kat hotel umah aku… 2 pasang buah kereta berkumpul depan umah aku.. maka, kereta aku tak lah layak perlu untuk dibawa.

hum.. sempat lagi nak bagi pilihan..


hasbi: nak gi mana ni??

aku: picnic..

hasbi: tahulah kat mana.. pantai sepat, panching ke sg lembing..?

aku: mana2 jer lah.. *sambil malas nak dengar sebab kena buat pilihan

hasbi: aku ada bawa banner.. kita gi sg lembing lah..

fahmi: banner!! ^%9%55$48


sebenarnya aku dah malas nak layan, bila ko suruh buat pilihan en. hasbi oii, sebab aku tak kisah pun kalau nak gi mana2 kerana aku pun tak tahu mana tempat nak pergi!!! tapi yang menjadi kekeliruan en. fahmi, apa kena mengena sg lembing dengan banner…? itu yang menjadi tanda tanya kepada en. fahmi dalam kereta tu sehinggalah sampai ke destinasi cinta… aku kata, aku tak dengar pulak pasal banner tadi, sebab aku dah tak bagi tumpuan..


lebih kurang 11.15 pagi sampailah ke tempat perkelahan tanah pasir kubur.. rupa2 nye kawasan tu macam padang jarak padang terkukur.. kepala ku botak baru lepas kena cukur... aliran air sungai.. kawasan luas, tapi tu lah.. tak de manusia pokok tapi dikelilingi hutan.. penuh dengan kayu batu2 sungai.. teringat lah pulak zaman kat poli dulu.. kutip batu2 sungai buat pemberat kertas siap boleh jual lagi.. dan di sinilah, jawapan banner tu terjawab en. fahmi!!


operasi memasang banner bermula dengan lancar, hum.. memang aku tabik lah kat mamat en. hasbi nie macam2 benda semua dia boleh buat dari pasang banner + hidupkan api + bakar ayam + memancing org ikan + bla..bla… *banyaknye kerja yer en. hasbi.. kalau banyak kerja pun, kalau kita keciwa gembira melakukan nya kita akan merasakan satu kenikmatan.. kepuasan jantung hati yang sukar digambarkan..


setelah siap kambing ayam dibakar mulalah masing2 dok makan dulu… lepas tu semua dah macam kemarau kemaruk nak gi berendam di dalam air tu.. dengan tidak menghiraukan keadaan bulan matahari tegak kat atas kelapa kepala tu masing2 dah mula berjinak2 dengan gigi air… lama2 dah sampai ketengah.. habis semua orang berada di dalam air kolam sungai… jadi makanan dan barang2 yang berada di daratan telah dibiarkan begitu sahaja tanpa dengan pengawasan dari jarak jauh…


agak2 lah, dah dekat kul 2.30 ptg tak kan, tak nak balik lagi? jadi kira2 jam 3.00 kami pulang ke rumah.. sempat lagi singgah di beberapa lokasi untuk solat subuh zohor dan menjamu selera.. high-tea *area kuantan pekan ler.. sebelum masing2 pulang.


p/s : misi agak berjaya, lain kali boleh plan lagi…