apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


13 Mei 2009

tol gate..

hum… masuk opis semalam dah kena alih2 tempat duduk *pindah randah tempat.. hushhh menyampah giler.. terpaksa buat benda yang x suka… serius.. rasa kurang.. kurang selesa dengan empire yang baru… agak2 bila lah semua ini akan berakhir.. oleh sebab ke’tension’an agak melampau terus keluar g kuantan ngan en fahmi *bukan nama sebenar lepas kemas2 tu.. kalau dah sampai kuantan bukan tugas rasmi jer yang akan dilaksanakan, malahan tugas-tugasan lain turut memainkan peranan *ronda2 + beli bla.. + merayap + tak lupe yer solat… balik pun dah dekat kul 5.15ptg.. cukup untuk hari semalam setelah aku bercuti agak lama… *kisah bercuti akan dipaparkan kemudian yer..

keadaan semasa kemas mengemas nie..!!

hari ni pulak, x habis kisah semalam kena sambung lagi.. pagi2 dah kena sound 5S yer jangan lupa.. orang lain dah jauh dah… menjelang tengahari satu lagi benda teknologi yang orang tol dah x pakai, tiba2 beroperasi sepenuhnya kat tempat kerja aku ni… siap kena ambil smart card *kalau setakat card jer yang smart tapi pemikiran masih lagi kelas ke3 payah jugak.. untuk kegunaan keluar masuk kawasan institusi..

nie card aku.. smart kan.. gambar tu..!

hum.. apakah tujuan utama? kalau sekadar untuk keselamatan untuk orang asing keluar masuk ok lah yer… tapi kalau untuk mengesan kakitangan yang selalu keluar masuk memang parah.. kadang2 teknologi tu boleh makan diri.. *hati2 kepada sesiapa yang berkenaan kalau yang agak2 nak bodek tu nie lah masanyer.. ampu lah.. selagi boleh ampu!!! allah maha mengetahui.. kita hidup nie bukan kat dunia jer.. bukan juga sentiasa di atas.. jadi berhati-hatilah ketika memberi sebarang idea atau keputusan…

antara yang dah kantoi setelah masuk lewat selepas kul 2.00 petang

dah lah, malas nak komen banyak2 sebab aku pun bukan nyer bagus.. tapi tak lah sampai x boleh pikir apa yang baik dan buruk..