apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


30 Mac 2009

5S

nekad!! hari ini aku kena kemaskan ruang kerja aku.. maksud aku meja aku serta barang2 yang ada berhampiran tempat meja aku.. lebih tepat lagi hakmilik kerajaan yang aku pinjam serta hakmilik sendiri yang aku ada di opiz aku *rasanya hakmilik sendiri mengatasi hak kerajaan.. hum.. jenuh gak nak kemaskan harta benda tu.. nampak macam x penting.. macamanalah aku nak tunaikan 5S yg sedang berlaku di opiz aku ni.. oh yer 5S tu bagi yang kurang tahu ialah:-
.
sisih
bagi aku semua harta aku penting susah nak sisih..

.
susun
rasanya bila dah susun selalunya akan bersepah gak..
.
sapu
jarang2 aku sapu kat tempat aku, kalau ada pun, budak yang kena sapu..
.
seragam
selalunya barang2 aku memang seragam, matching dengan colour..

.
sentiasa amal
tengok lah nanti berjaya ke tidak yer..

.
dipetik dari bahasa jepun dan sikap ini dah berjaya pun di jepun. cuma kita jer baru2 nak berkecimpung.. rasanya kalau dah lahir2 dah tersusun sikap macam ni, x lah susah nak amal.. ni tak, lahir2 jer dah buat sepah mainan kat umah.. macam mana nak buat..? siapa nak salahkan..? bak kata pepatah yang x berapa nak patah, meletur buluh biar dari rebungnya..
.
rasanya kalau setakat 5S nie x cukup sebab.. ada juga opizmate aku dok tambah sepah, sorok, serabut dan macam2 lagi.. erm.. apa2 aje yang orang nak cakap yang penting bagi aku.. aku senang nak cari barang bila aku perlukan dan ianya selamat bila aku tak ada kat meja aku..
.
.
sebelumkeadaan meja aku yang tak terurus nie!! ngeri tengok..
.

selepas
apa macam dah kira berjaya ke tak ni..?