apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


09 Mac 2009

maulidur rasul

sebelum mulakan cerita.. aku ingin mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul 1430h.. semoga kita berada dalam keadaan yang lebih baik.
.
cuti! kebetulan hari isnin.. maka, ramailah warga kerja seluruh malaysia kecuali terengganu, kelantan dan kedah yang tidak mengalami cuti bersambung.... sabtu, ahad dan isnin.
.
aku turut mengambil kesempatan cuti ini balik ke rumah mentua aku.. di dungun, terengganu.. perjalanan aku bermula pada hari sabtu, untuk sampai di sana, aku g servis kereta dulu kat perodua.. erm.. lambat giler aku menunggu, dah lah aku booking tapi kena Q gak.. nak wat cam mana.. dah tu bukan skill aku, kalau lah aku boleh buat sendiri dah lama dah aku buat.. x dapat duit aku kat perodua.. ada kawan pun x lah berkecimpung dalam servis menservis ni.. dekat 2jam setengah baru siap.. hum.. perut dah berbunyi ni..

kata servis 1jam jer.. nie tunggu sampai berjam2, nie apa kes.?

singgah lah kat mesra mall untuk menjamu selera.. cari punya cari makanan apa yang sedap n murah... jumpa pizza hut.. kenapa pizza..? sebabnya yang lain tu mahal dan belum tentu sedap kat food court dia..

sampai aje kat umah mentua, aku terus jer kena serang dengan pelbagai pertanyaan.. hum x sempat nak minum lagi dah kena jawab macam2 soalan.., apa lagi skill yang aku guna hanya senyum.. dan buat2 tak berapa nak dengar then masuk bilik lah...

agak2 reda ngan pertanyaan tu baru lah aku keluar.. cian kat cik jah yang kena jawab setiap persoalan.. x pe lah.. maybe dia lebih memahami family dia *dgn izin

hari ahad aku x ke mana2 pun duk kat umah ajer, letih rasanya.. tido n surf internet (YM itu mesti), cik jah jer keluar beli barang2 jahit. aku rasa x de mood nak keluar..

my boss: hj ahmad *bukan nama sebenar

hari ni aku mesti balik ke pekan.. tempat mencari rezeki.. semoga di berkati dan bertambah2 rezeki (halalan toyibban).. on the way balik tu singgah kat kuala kemaman.. apa yang menarik kat sana..? apa lagi keropoklah... aku kena g sana sebab my boss hj ahmad *bukan nama sebenar dah pesan awal2 lagi nak beli keropok keping.. sebab dia nak bawa balik ke perlis.. kampung mentua dia.. buah tangan dari pantai timur katanya...
.
payah gak nak cari keropak yang dia nak ni.. 3paket RM10 hum.. dah x dapat dah sekarang nie.. dulu boleh lah.. sekarang nie dah paket besar sikit jual mahal banyak pulak tu... hish.. nasib baik lah juzaili nie pandai dok edjust dapat gak keropok jenis macam dia nak tu... tapi rasa.. tak tahu lah.. sedap ke dak.. kalau x i'm sorry..
.

keropok kuala kemaman.. nape lah en. fahmi yang x beli... betul kata mu, harga dah naikkk!

erm.. kali ni aku balik dungun pun dok jalan mana.. dok g pun umoh sedara mara aku.. dok dang nok jalan mana.. kalau aku g jalan gok makne nya umoh mentua aku jadi tempat check in - check out jer lah.. sebab tu aku dok g jalan mana pun.. biar masa banyok kat umoh mentua.. he.he..he...

moral of the story mentua vs menantu. hormatilah orang yang lebih dewasa...

*buat mr. nurul haq... sorry.. aku x balik kl, kita jumpa 7-10 mei (cuti hari hol) nie kay...