apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


30 Oktober 2009

jgn buzz..!! sibukkk…

BUZZ!!! BUZZ!!! BUZZ!!! BUZZ!!! …. dah aku kata jgn buzz..!!, nak buzz!! gak..

sori lah tak berapa nak layan sesiapa yang buzz minggu nie.. sebabnya aku sibukkk.. aku tahu, ada gak benda2 yang penting yang nak disampaikan oleh teman2 aku yang bermesyuarat a.k.a berpersatuan di bukit merah lake town.. isu2 yang di bawa.. tapi aku sibukkk.. sangat minggu nie..

banyak benda yang berlaku dalam minggu ni setelah berseronok di sehari di gambang waterpark.. walaupun adakalanya kesibukan itu tidak ada kena mengena ngan aku tapi tempiasnya adalah jugak.. peristiwa yang membuatkan aku sibukkk.. sangat minggu nie adalah bermula dari hari isnin hinggalah hari jumaat… sesiapa yang sibuk2 buzz aku di YM tu.. bacalah kesebokan aku bermula hari…..

[isnin 26nov09] pagi2 lagi kedua2 timb. pengarah dan penyelaras 5S dah serbu kat bilik opis aku.. apa dia nak buat…??? dia nak buat apa lagi checked..!! checked..!! cheked..!! S-S-S-S-S, sampai bakul dalam bakul kat atas meja aku pun dia tegur.. mereka2 tu check sebab hari selasa ada pra-audit 5S nak datang.. tapi tu lah nak cerita banyak2 pun nanti kena GAM..!! so, tegok jer lah gambar yang en nash sempat snap..!! oh yer.. hari nie gak ada operasi men’clear’kan bilik yang menyimpan khazanah2 lama senibina.. lastly.. buang ajer semua barang tu.. student yang aku ajar computer turut terlibat dalm operasi ini.. thank student tbbk..

[selasa 27nov09] pra-audit 5S.. opss bertembung pulak dengan audit fail p n p… walaupun aku tak terlibat dalam audit fail p n p tapi sibuk gak aku gi ambil tahu… buat2 kecoh ajer.. sambil bagi sikit2 nota.. oh yer.. masa pra-audit 5S, juru audit dari luar tu just walking ajer sambil berkata working area.. so.. tak perlu lah nak ambil masa yang lama.. sebab dalam masa bekerja mestilah barang2 bersepah kan.. tak kan buat kerja tak bersepah.. kalau tak bersepah tu makna nyer tak bekerja lah…. cuba check meja hj ahmad sure clear sebab dia tak de.. dia gi memantau pengajar kat KKTM pasir mas..

[rabu 28nov09] aku suka hari rabu sebab hari nie lah hari aku merayau sebab tak de kelas.. oppsss.. off cut yer.. hari ni aku gi kuantan.. tujuan utama aku gi sana sebab nak cari sebutharga buku friends sesi jul-dis 2009.. sambil tu cari gak tempat2 yang boleh cetak baju.. baju tu just nak buat buahtangan kepada ajk2 yang bertungkus lumus menyiapkan buku tu.. last semester aku buat kat taytrading, kali nie nak try pulak cari kat kuantan.. tapi tak jumpa yang best.. merapu jer.. nak berniaga tapi tak de kat kedai.. cam mana tu..? yang ada kat kedai kalau boleh berunding tak pe.. nie dok kata “jab lagi saya bagitau boss” melayu.. melayu.. jangan ko layu di hujung mekar sudah lah… hidup makcik rock..!!!

[khamis 29nov09] hari ni lepas ajer aku buka pintu untuk student aku masuk lab computer aku dah mula dengan operasi menghantar gambar saiz A3 kat pn wawa.. bukan apa.. gambar nie adalah gambar student semester akhir bersama tenaga pengajar kursus masing2.. yang nie aku print kat mr azam.. thanks.. barang anda selamat sampai dengan sempurna.. tapi, tu lah gambar tu ada pulak cam budak2 sekolah tamil batu caves.. gelap!!! nak buat cam mana, kamera yang digunakan tak berapa nak mahu..!! kalau guna SLR hum.. sure cantik.. bila ikm tsya nak beli SLR…???

[jumaat 30nov09] hari nie lah.. erm.. pagi2 lagi en edi dah call tanya aku sibuk ke tak..? hum nasib baik ko tak buzz!! aku kan en edi.. kalau tak aku sure tak layan.. he.he..he.. dia nak mintak tolong aku install kan software MS frontpage kat makmal ict 1.. aku bukan tak boleh buat tapi bukan kerja aku.. siap dia bagitau lagi si mamat awiiii tu dah install tapi tak jadi.. aik’’ mamat yang belajar computer buat tak jadi nie pulak nak mintak tolong aku..?? siapa yang bidang computer nie… aku kompius.. bila aku install ok jer… dasar pemalas, lazy dan seangkatan dengan nyer..!!. tapi bila tengok pn aisyah tu.. rasa nak marah tak jadi.. tu cerita paginyer.. petang nyer pulak.. tengah nak punch card balik ada pulak nama aku naik kat notis board tu.. meeting hari senin nie.. hanginnyer aku.. tiba jer nama naik jadi ketua subzon dalam zon maklumat.. apa kes nama aku tiba2 naik..?? orang nak check final 5S 5nov nie.. mana mungkin aku nak buat apa2.. lantak lah.. layann.. tengah dok aku membebel kat notis board tu ada pulak yang tegur.. aku apa lagi keluarkan henset terus snap notis tu..!! ada pulak orang tanya nak buat apa..?? apa lagi aku jawab lah masuk blog…!!

NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : MOOD THIS WEEK TAK BERAPA NAK OK, SEBAB TU BUAT2 SIBUKKK AJER... PADAHAL X SESIBUK MANA PUN... HANGGIN....!!