apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


08 Oktober 2009

salam aidilfitri @ ikm tsya…

setelah diputuskan oleh pihak2 tertentu makanya tarih 8hb okt 2009 merupakan sambutan hari raya aidilfitri 1430 bagi wargakerja serta student2 ikm tsya nie.. hum.. di samping tarih yang diputuskan terdapat sumbangan usaha atau lebih tepat lagi kerja2 penyediaan untuk majlis ini turut disertakan.. kursus aku nie kena sediakan minuman ‘air sirap bandung’, actually x lah susah mana sebab aku pun dah pernah gi bandung cuma letak air dan sirap ajer kan.. so dah siap lah…

perengan kat atas tu dah ada bau.. bau.. bau.. nak memprotes tu.. tapi x pe, baru nak start jer cerita nie.. persedian bahan telah dibeli oleh hj ahmad yang merupakan kapten bagi penyediaan air ni.. tapi.. bahan yang di beli kurang cukup.. maka nyer aku ngan en fahmi telah gi beli untuk round ke dua.. bukan tu ajer, ada pulak pn roswati untuk round ke tiga dan student untuk round ke empat dan seterusnya sehingga lah selesai.. nampak tak.. nampak tak.. dah ada unsur kepanasan.. tu baru proses beli membeli..

nie pulak kes tadah air watercooler.. sehari sebelum, dah siap2 tadah tapi letak kat luar, berebut orang mengelak nak tadah air nie... opss bertudung tau tong air tu.. tapi berada di luar.. so, kalau malam tu ada orang yang dengki maka.. hum.. paham2 jer lah.. dahlah yer.. cerita pasal air nie.. sebab masa kejadian tu, siap dengan sempurna dan sedap ajer air tu kan… betui tak..?? ok lah meh kita baca pulak cerita kisah rumah terbuka ini sambil tengok gambar yer.. malas lah nak menaip dah…

semasa majlis tersebut dijalankan terdapat beberapa jurugambar yang aku kesan active dengan aktiviti snap3 gambar.. erm.. adakah mereka2 ini yang telah dilantik untuk meng’snap’ pada majlis ini atau yang memang dah dilantik, dah buat2 lupa tentang tugas hakikinya..???

erm.. jom pulak kita tengok apa menu2 yang ada kat sini.. ada laksa, ada lontong, ada ketupat, ada lemang, ada satay tanpa kuah, ada buah2an, ada air oren, ada air bandung dan ada teh ‘o’. semua nya x sempat kat aku.. yang sempat hanya lah roti jala.. opss mana datangnye roti jala nie..?? hum.. aku ngepau student lah..

oh yer.. jurugambar dah ada.. menu dah ada.. jadi meh kita tengok pulak kemeriahan dan suasanan kat tempat kejadian tu yer yang di ambil oleh jurugambar tak di lantik.. opss di lantik untuk facebook dan blog masing2 / sendiri ajer…

kemudian kita tengok pulak wajah2 yang ada pada ketika itu.. meriah ke suram ke bosan ker atau apa2 ajer lah yang boleh kita fikirkan.. dan dah solosai pun majlis tersebut..

dah tu siapa pulak yang nak bersihkan kawasan dan menbuka semula khemah2 yang dipasang tu.. meh tengok gambar yang agak menarik nie.. hum.. ada cam angkasawan pun ada gak kan. kan.. terima kasih yang teramat kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini…

NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : SORI.. TAK BERNOTA KALI NIE… SEBABNYA ‘SEGAN’ NAK TULIS… TAKUT ADA YANG BERKECIK HATI DAN MENAMBAHKAN DOSA KERING AKU JER…