apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


03 Oktober 2009

open house perdana menteri..!!

wah..!! perdana menteri jemput aku gi open house dia.. siap bagi card lagi.. he.he..he.. actually, tiap2 tahun dato’ sri najib jemput gi open house kat bandar pekan nie.. lebih2 lagi kakitangan kerajaan.. kerajaan ke aku nie..? kira badan berkanun pun kerajaan lah en zali.. hish.. dah orang jemput gi ajer lah.. bukan kena bayar pun.. ajak makan jer.. lepas makan balik lah… untung kalau boleh bungkus..

aku sebenarnya malas nak gi pada mulanya tapi di sebabkan oleh hasutan jinbara nie,, maka pose yang sehari sahaja lagi ni terpaksa ditunda.. plan nyer jumpa kat sana.. sampai2 jer aku kat sana.. mak aii ramai giler orang pekan nie yer.. mahu tak ramai segala ceruk orang datang tak kira lah yang asli atau yang kurang asli ataupun yang import.. semua ada.. tu baru cerita ke aslian belum cerita warna kulit apatah lagi dengan bangsa2 yang ada.. silap2 bangsa2 bersatu menjadi 1malaysia…


yang mana satu yang asli kiri atau kanan

cari punya cari jumpalah keluarga mamat nie.. dok tengah makan laksa + nasi minyak.. aku pun join lah sama, tapi.. maklum ler.. aku ni bukan nya boleh makan banyak (sarapan tadi dah makan) jadi jamah lah sikit2.. sambil makan2 tu kami dihiburkan oleh beberapa artis.. antaranya nya mat over, helmi, akim, stacy dan lain2 lagi.. oh yer, untuk nija memang lagu lampin tu ada orang nyanyi untuk majlis hari raya lah. kenapa bah kau berubah... kenapa bah (2x).. jadi x salah lah kalau nak buat lagu raya pun..

pas makan tu mula lah meround melawat gerai2 yang ada.. hampir kesemua menu yang agak sama nasi minyak, laksa, mee goreng dan air.. yang menu hebat2 sikit jer.. pastu cepat jer habis,, tengah dok round2 tu terserempaklah ngan orang yang kami kenali… en kamal, en mie majid dan student2 yang yang tah mana datang, tiba2 menjadi AJK angkut mengangkut bekas2 makanan.. ayat berlapik beb senang cerita student tu dah jadi cam alam flora jer… mereka tertipu!!! itu bukan aku kata ha.. mereka yang kata…

last round dengan misi membungkus sedikit bahan makanan.. akhirnya berjaya…


NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : PERTAMA KALI GI OPEN HOUSE SEUMPAMA INI.. SIAP BOLEH BUNGKUS LAGI, SAMA NAIK NGAN ORANG ASLI PEKAN NI MEMBUNGKUS..