apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


02 Oktober 2009

puasa enam yang ke lima..


alhamdullilah akhirnya berjaya juga aku berpuasa enam untuk hari yang ke lima.. tinggal sehari sahaja lagi untuk aku cukupkan 6 hari berpuasa sunat di bulan syawal ini… apa yang menariknya pada hari yang kelima ini adalah.. aku berbuka di pasar malam.. fahami betul2 tau berbuka di pasar malam.. bermaksud.. aku kena berbuka dahulu sekadar mampu, sebelum aku pulang ke rumah untuk menikmati hidangan / juadah yang di beli..


kejadian ini berlaku kerana teringin untuk menikmati satay.. dah lah aku ngan cik jah turun dari umah lewat, dekat2 jam 6.30ptg baru sebok2 nak gi pasar malam sedangkan jam 7.02ptg dah masuk azan maghrib.. padan muka en zali oii, layan lagi facebook tu.. sampai lewat nak gi pasar malam.. so, terimalah lah akibatnya..


aku ingat aku ajer yang mengidam nak makan satay.. rupe2nyer ramai beb yang mengidam.. maka kena lah tunggu mengambil giliran.. sampai ajer turn aku, dah dekat nak maghrib. so, aku tinggalkan ajer cik jah untuk tunggu dan aku terus mencari air soya segelas untuk berbuka pose.. maka.. berbuka lah aku dan cik jah sambil menunggu satay di pasar malam tu..


NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : LEPAS NIE KALAU KITA DENGAR ADA ORG TU BERBUKA DI HOTEL, JGN TERKEJUT MUNGKIN DIA TU SEKADAR DPT MAKAN BUAH KURMA AJER TAPI DI HOTEL.. KIRA BERBUKA GAK LAH WALAUPUN TIDAK MENIKMATI HIDANGAN BUFFET..