hari ni iskandar *anak sepupu aku.. naik umah.. nama jer anak tapi dah tua.. he.he..he… lokasi area pulau serai, pekan.. nama jer naik umah tapi khemah depan umah naik gak 3 buah.. so, naik umah ke naik khemah..? jadi.. lu pikir lah sendiri…
petang semalam adik aku dari kemaman datang umah nak tido.. sebab esok nak gi jamuan naik umah tu lah.. malam tu aku ngan dia dah gi dah.. tolong2 buka meja kat bawah khemah tu.. nak tolong benda lain sedara mara belah isteri dia dah ramai.. jadi tolong2 ajer lah apa yang patut.. agak2 dalam kul 10.30 malam kami dah balik..
pagi ni pulak kena gi punch card *punch card ajer ke en zali oii.. kerja..? lu pikir lah sendiri.. lepas tu kami gi pasar pagi kat area bandar pekan.. sajer2 bawak jalan2, tak tahu nak gi mana.. kebetulan pagi ni ada pasar pagi yang agak besar lah juga.. jadi gi lah sana.. lepas tu, gi round kat padang polo bawa adib ngan faiz tengok patung kuda *saiz sebenar tau.. kuda betul sultan yang punya..
agak2 dalam kul 1ptg baru gi umah iskandar tu.. gi makan jer lah… nak tolong tak tahu nak wat apa.. erm.. jumpa abg hassan *lama sangat tak jumpa dia.. lepas makan tu borak2 kejab, then faiz pun buat hal.. jadi.. kena lah balik.. tapi sebelum balik umah aku.. sempat gi eng hong beli barang2 nak buat tumis laksa a.k.a mee rebus *hanya orang2 tertentu ajer tahu.. erm.. minum petang katanya..
lepas maghrib adik aku dah nak balik kemaman.. erm.. aku rasa best gak sekali sekala kalau ada sedara mara n kawan2 datang, boleh borak2 boleh makan2 sama nak berhibur tu tak de lah..*kalau nak kena g umah aku kat kl lah.. boleh kl menjerit… erm.. siapa2 nak datang umah aku silakan.. tapi kena lah bagi tahu awal2 sikit boleh kemas2 n masak2 sikit…
tribute
selamat hari bapa khas untuk bapa2 dan bapa mentua berada di seluruh dunia… sempena hari bapa (esok)