apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


04 Jun 2009

party like this.. @rchy tsy@

semalam 3 jun 09, warga senibina (staff ‘n’ family + student) telah mengadakan majlis bagi meraikan student senibina semester akhir di institusi ini (harus ke dirai..?), menurut tradisi student yg akan menjadi senior semester depan yg menjadi tuan umah.. kira2 student semester akhir nie jadi tetamu lah (layak ker..?) maka bertungkus-lumuslah tuan umah untuk membuat persediaan… akhirnya, tenaga pengajar gak yang kena settle dalam banyak masalah (jadi lebih kepada majlis sesama sendiri yer…)


oh yer.. apa menu utama yer…? berikut merupakan menu yang telah disediakan…



wah.. sedapnyer ayam bakar.. sapa apa yang bakar yer..? hum.. mula2 tu memang ler student yang membakar..



tapi bila sampai “geng friends”, geng nie lah yang telah mengambil aleh.. (macam company pasar malam pulak) bak kata orang kalau bakar sendiri rasanya lain.. syokkk oii.. sapa lak “geng friends” nie…? taaa da…



bila “geng friends” nie dah ambil alih.. maka, ramai lah tenaga pengajar lain yang join sama…



aturcara majlis berjalan lancar bermula dgn doa seterusnya ucapan dan pemberian cenderahati dan di akhiri dengan bacaan doa makan sebelum menjamu selera… meja “geng friends” nie penuh ler dgn hasil pembakaran ayam yang sungguh special..!, lama2 sikit.. orang lain yang join… maka terjadilah macam kat gambar nie… meriah kan…



setelah selesai perut diisi dengan makanan yang best tu… ada pulak sesi tangkap gambar yang tak berapa nak formal… maka, pelbagai aksi dan possing lah student2 aku.. termasuk lah ilmu baru yang telah aku beri pada malam ini… gambar lompat2.. habis melompat student2 aku nie..



setelah acara bergambar maka, berakhirlah majlis untuk kali ini… semoga semester depan berjumpa lagi… sekian, terima kasih…


tapi…!


korg ingat, korg boleh terlepas ke student semester akhir…? ada lagi assignment yang masih perlu disiapkan… nak tahu apa..? sakkksikan lah….



jam berapa mereka pulang pun aku tak tahu…. yang passs ti, en. mie masod sentiasa menemani mereka sepanjang malam tu…


berakhirlah cerita pada malam tu….


hari nie..!!! pagi2 lagi dah dikejutkan oleh pn. wawa (wakil en. zainal) minta semua tenaga pengajar meng”key-in” markah prestasi student2 sebelum petang ni!! maka, program untuk mengadakan mesyuarat pra-senat kursus pun tertunda kpd isnin depan sebabnya esok aku bercuti.. dan tenaga pengajar lain sibuk untuk mengemaskinikan markah2 di saat2 akhir ni… setelah kerja aku selesai ada pulak sesi fotografi oleh en fahmi dengan aku yang jadi model untuk cobaan flash dan tanpa flash, tripot dan tanpa tripot dan macam2 lagi lah en fahmi nie.. maka nie lah hasilnya… cute tak…?