hari ini bermula macam biasa2 ajer.. tetapi dengan pelbagai masalah sehinggalah di saat aku menulis nie... (pagi esok aku paste ajer kat blog aku)
masalah pertama...
punch card aku tiba2 jer bila aku punch dia tulis 02 jun 09... berasap aku sebab dia tulis 2 jun.. aku pun tengok jam kat tangan aku yang tarikhnya baru 1jun.. tu lah.. zaman sekarang ni orang dah berteknologi.. jadi x de makna nyer pakai punch card.. orang dah main scan2 ajer.. harap pintu pagor jer touch n go....!!
*masalah nie x lah besar sangat sebab semua orang menghadapi masalah yang sama...
masalah kedua...
baju yang aku tempah untuk AJK friends dah sampai... dengan nada yang agak gemalai kak peah telepon bagi tau yang ada pos laju untuk aku... hum.. makin mesra aku ngan kak peah nie... (kenalah buat baik2 nanti boleh guna tepon opis free!!) setelah di bedak2 bak kata penyelaras... hum.. baju aku berlubang sikit macam kena kerik lipas...! hum.. saiz nya agak kecik dari yang standard.. tapi design n jenis kain ooookay lah tu..! thanks.. kepada penaja!!
*masalah nie pun x besar sangat sebab baju tu boleh pakai lagi...
masalah ketiga...
cuti..! erm.. system cuti kerajaan yang selalu aku guna menghadapi masalah... x boleh nak mohon cuti..!! apa lagi bermula dengan pn diana yang menguruskan cuti di institut aku sehinggalah pihak pengurusan cuti di kuala lumpur (HQ), aku g buat kecoh.. mahu x nyer.. dah lah baru 2 hari jer aku ambil cuti tahun nie dah kata “tidak layak untuk memohon” habis semua aku gegar.. bukan di sini tempatnya kalau tidak mahu teknologi (kata minah yang bagi talk pasal cuti berkomputer suatu masa dahulu) tapi kalau teknologi pun x cekap kenapa nak bising2, minah oiii...
*masalah ini turut berlaku kepada rakan sekerja aku...
masalah keempat...
masalah ini agak besar sebab melibatkan hak penjagaan.. berebut anak ker..? hum.. bukan lah.. berebut aku ler.. siapa yang berebut?? ketua jabatan pengajian am vs ketua kursus senibina !! dah tu siapa yang menang?? kes nie bermula dah lama.. tapi hari nie pulak macam dah agak serius.. setakat hari nie ketua kursus senibina yang menang tapi tak tahu lah kalau ketua jabatan pengajian am nie bawa ke mahkamah rayuan pulak.. dan kalau menang, sure ketua kursus senibina pulak yang buat rayuan.. hum.. lantak lah.. aku yang jadi bahan kes pun buat tak tahu jer.. x kisah pun apa nak jadi.. yang penting jangan usik aku lebih2 dah ler.. mahu melenting aku.. cerita masalah ini kena panjang sikit sebab cerita ini berlaku sejak hujung 2007 kerana ada satu pekeliling yang menyatakan perpindahan aku dari kursus senibina ke aplikasi computer.. maka sejak hari itu, segala pengurusan aku sepatutnya di bawah penyeliaan ketua jabatan pengajian am.. tetapi ketua kursus senibina telah mempertahankan aku sehingga hari ini.. banyak kali juga ketua pengajian am cuba untuk mengambil aku di bawah penyeliaan nya tetapi tidak Berjaya, tapi kali ini dia sendiri berkata kat aku akan berusaha untuk meletakkan aku di bawahnya... sama2 kita nantikan keputusan sepenuhnyer yer...
*masalah aku, hanya mahu apa yg aku dah miliki sekarang mesti sama
masalah kelima...
berukband aku tidak berfungsi... berat nie.. mahu x berat. x boleh ym.. x boleh update blog.. x boleh searching etc.. dah macam2 cara aku cuba untuk meng connecting kan nya tapi tak berjaya dari uninstall ke install dari moderm ke tepon 3G dari operator celcom ke operator berukband.. masih tidak berjaya.. jadi aku buat report jer lah kat pegawai celcom tu.. kena tunggu dua tiga hari untuk check.. nampaknyer makin sukar lah masalah berukband aku nie!!!!
*masalah nie memang menganggu mood aku!!!!
hepi birthday to A . A . A … sorry for everythinks deep from my heart …