apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


03 Jun 2009

selamat hari lahir cik jah..!

“ jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
cinta kita kan abadi “

raffi ahmad feat ayushita — jangan bilang tidak



tulang rusuk ku


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.

Tanpa mereka , hati, pikiran, perasaan lelaki akan resah.

Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.


Apalagi yang tidak ada di surga,

namun Nabi Adam a.s tetap merindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri, atau puteri.


Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh

lelaki, tetapi kalau sendiri yang tidak lurus,

tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka.


Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah mereka dengan petunjuk Allah,

kerana mereka diciptakan begitu rupa oleh-Nya.


Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya:

Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar…

Jangan hibur mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita…

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah…


Kenalkan mereka kepada Allah, Dzat yang kekal, di situlah kuncinya

Akal setipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu….

Hati yang serapuh kaca, tebalkan ia dengan iman….

Perasaan yang selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak….

Suburkanlah, kerana dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan.


Akan terhibur dan berbahagialah mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik

dunia, presiden ataupun perdana menteri ataupun women gladiator.

Bisikkan ke telinga mereka bahwa kelembutan bukan suatu kelemahan.

Itu bukan diskriminasi Tuhan.


Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang

lembut itulah yang mengandungkan lelaki2 wajah: negarawan, karyawan,

jutawan dan wan-wan lain


Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.

Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak mudah diluruskan,

bahkan mereka pula membengkokkan.


Lebih banyak lelaki yang dirosakkan oleh kaum perempuan…daripada

perempuan yang dirosak oleh laki-laki…

Sebodoh-bodoh perempuanpun bisa menundukkan sepandai-pandainya lelaki.

Itulah akibat apabila wanita tidak kenal Tuhan.


Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki.

Kini bukan saja banyak boss telah kehilangan secretary, bahkan anakpun

akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri

dan bapak akan kehilangan puteri.


Bila wanita durhaka dunia akan huru-hara.

Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.

Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepemimpinan.


Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.


Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah,

Kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.