apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


14 Julai 2009

al-fatiha (muda bin mohammad - 14 julai 2009)


salam takziah kepada keluarga muda bin mohammad (bapa sdra aku). kira2 jam 2.15 petang telefon aku berbunyi silih berganti kerana ada perkhabaran yang sedih.. bapa sdra ku telah kembali ke rahmahtullah pada tengahari tadi.. walau macamana pun aku kena balik gak tengok.. jadi perjalanan aku bermula sekitar 3.45 petang.. lewat sikit kerana ingin menguruskan beberapa perkara antara:


1. punch card aku kena sign sebab aku nak balik awal *terima kasih tn hj hamicam a.k.a pengarah ikm

2. mengisi borang cuti pada 150709 kebarangkalian aku x masuk opis tinggi.. jadi isi jer lah borang…

3. menguruskan anak jagaan cik jah ke rumah jiran sebelah untuk hari ni dan esok..

4. mengemas beg pakaian dengan kadar segera..

5. mengemas rumah dan memberitahu jiran tetangga..


setelah selesai terus ler menunju ke rumah adik aku kat kemaman.. (dalam masa yang sama abg long ngan abg ngah bertolak dari kuala lumpur) sampai di kemaman dalam jam 5.30 petang berhenti sebentar sembahyang dan terus ke kuala terengganu (rumah ayah sdra) sampai pada waktu isyak, berhenti makan dan sembahyang di masjid terapung dan terus ke rumah.. kebetulan memang masa tu betul2 tengah nak tutup bahagian muka buat kali yang terakhir.. sempat gak lah aku dan adik aku (wakil dari keluarga alias bin mohammad) menatap wajahnya untuk kali terakhir,,


seterusnya jenazah telah dibawa ke surau untuk disembahyang kan dan seterusnya dibawa ke kubur syed Ibrahim kuala terengganu untuk disemadikan… pada masa ini abg long ngan abg ngan dah sampai kat tanah perkuburan.. kira2 jam 11.30malam selesai segala urusan.. semoga rohnya dicucuri rahmah dan di tempatkan bersama2 para ambia..


* terdapat beberapa perkara yang tidak menyenangkan aku pada upacara perkebumian tersebut, maaf kiranya apa yang aku nak tulis nie menguris hati mana2 pihak… antaranya:-


1. perlu ke gambar ketika upacara perkebumian.. pikir2 kan lah.. sampai ada dialog

situasi 1

mamat kamera : mu gi pegang cangkul aku nok ambil gambar ni !!

(mamat yang tidak aku kenali terus memegang cangkul untuk di ambil gambar)

Situasi 2

sedara mara : la.. ingat kilat tadi.. rupanya flash camera…

2. perlu ke bangga membawa kereta dengan kadar yang terlalu laju untuk melihat jenazah.. dan akhirnya belum tentu sempat… bagi aku cukuplah dengan kadar yang berhati2 ketika memandu.. dan kalau memang dah ditetapkan oleh Nya kita akan sempat sampai maka sampailah kita.. tapi perlulah usaha ke arah itu, dan tidak lah perlu riak yang anda seorang pemandu yang cekap (sebab tidak berlaku kemalangan) dan laju (sebab sampai cepat)… nie semua bukan masanya…