apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


28 Julai 2009

:( hujan malam


.. hujan malam… ( :( hujan malam ) tag sebelah YM aku pada malam ni… bila mana aku meletakkan tag itu.. dan aku tidak melayan sebarang buzz.. pertanyaan serta berbualan di malam ini.. aku merasakan satu perasaan yang sungguh hiba lagi..



rupanya masih ada yang sayang.. mahu x nyer, x sangka pulak malam nie ramai yang on line dan ramai juga yang bertegur tanyakan sesuatu yang sukar untuk aku jawab.. contoh nya..


apsala sedih sangat tu..

awat sedih..

en sedih kenapa..?

ko kenapa malam ni.. aku buzz pun x reply..

sedih..? kenapa…

eloo bro mcm ada prob jer..

bakpe ujan malam..


sesungguhnya ketika aku menaip pada waktu ini, perasaan sedih telah menyelubungi aku.. di tambah pula dengan hujan.. hujan malam.. memang ramai yang tidak peduli tentang hujan malam.. kenapa yer..? mungkin malam waktu untuk beristirehat dan tidak kisah samada hujan ke tidak.. dan tidak ada memberi apa2 makna.. tapi, kita harus ingat, masih ada lagi orang yang peduli tentang hujan pada waktu malam seperti para peniaga, gerai, yang merupakan sumber punca pendapatan dan akan mengalami sedikit kerugian tidak seperti hari2 biasa..


actually, sejak kebelakangan ini banyak sangat benda yang menganggu aktiviti2 aku seharian.. semacam ada “something”.. hum.. cam mana nak bagi tahu yer.. antara benda nya melibatkan


sahabat

(sukar untuk menyatakan, sama tapi tak serupa)

kerjaya

(sampai bila aku akan begini, penantian satu penyiksaan)

umpatan / dengki

(melayu jer selalu buat kerja ni, kes tulang2)

kewangan

(bijak wang..! kalau duit tu stabil)

balik raya aidilfitri

(adik beradik vs mentua)


sabar… sabar…. sabar…. ada hikmah di sebalik semua ini… terdapat satu misteri di sebalik semua ini dan hanya DIA yang maha esa sahaja mengetahui.. dan aku bermohon agar terdapat sesuatu sinar di sebalik hujan malam hari ini… dan aku harus menanti dengan penuh kesabaran… dengan sebarang ketentuan.. dengan sebarang keputusan dan dengan sebarang petunjuk… Ya ALLAH bantulah aku menyelesaikan / memudahkan segala urusan.. amin ya rabbal alamin…