seminggu aidilfitri 1430/2009 (ahad ke ahad)
ahad (20hb sept 2009)
sambutan pada mulanya akan jadi cam tahun lepas.. tapi disebabkan something wrong going someway cam meriah lah pulak pada zahirnyer.. batin belum tentu.. cam orang2 ler mintak maaf zahir ajer kan.. harus ker dalam hati ada cinta.. atau zahir tak terucap.. atau.. ape2 ajer..
pagi raya lepas solat aidilfitri maka berkumpulah adik beradik sekalian.. cam tahun lepas 4 beradik jer.. tahun nie dah tambah lagi sorang dah jadi 5 beradik tahun depan insyaallh lah boleh tambah lagi sorang di pagi aidilfitri kat umah pusaka nie.. opss tambah2 beradik nie bukan nyer kelahiran baru yer.. tapi pengumpulan ahli sahaja.. maklumler masing2 dah berumahtangga jadi kenalah bahagi sama rata, sama adil.. kan..
lepas berkumpul kat umah pusaka tu, kami beramai2 lah pulak gi umah abg di, sebab nyer cik sor ada kat sana, raya KL. sebab cik sor ada kat sana sebab kak dah nak operate perut, sebab kak dah nak operate perut sebab nak lahirkan anaknya yang berat hampir 3kg lebih.. (orang kata yer aku tulis ajer).. malam tu pulak, beraya kat umah mentua azwan..
isnin (21hb sept 2009)
x gi mana2 pun.. lepak ajer kat umah.. menanti kanak2 tiba untuk berhari raya.. maklum ler dah tue.. kenalah meraikan kanak2 yang berjaya menghabiskan pose sebulan kan.. sambil nonton tv ajer dan melebarkan jalur lebar…
selasa (22hb sept 2009)
keluarga mentua aku baru sampai dari dungun terus terjah kat umah aku ni.. nak solat sebelum gi umah adik ipar aku kat bandar kinrara, malam gi beraya umah abg long.. aktiviti lain sama cam semalam..
rabu (23hb sept 2009)
keluar ronda2 KL, jumpa keluarga mentua aku bershopping di soga.. lepat tu aku follow mereka ke umah bandar kinrara.. sebab malam nie a.k.a pagi2 esok jam 1 pagi nak ke KLIA.
khamis (24hb sept 2009)
keadaan huru hara dah terjadi seawal pagi.. mahu x nyer nak check in kat airport kul 1 pagi.. tapi tersebab salah jalan, terlajak lak sampai.. nasib baik x de menda2 berlaku.. actually adik ipar lelaki sulung aku nie dapat melanjutkan pelajaran kat al-azhar, mesir.. so, gi lah ramai2 kat KLIA tu untuk memberi moral support.
habis kes hantar sorang nie.. ada lgi sorang pulak.. pagi kul 12 tghari nak fly ke medan.. adik ipar gak.. study medic kat sana.. kes yang agak sama tapi.. memang lewat keluar umah.. so, nasib baik ler sempat.. dah jadi cam home alone kat lapangan terbang LCCT berkejar kejaran.. petang gi umah abg ngah.. dia baru balik dari kg wife dia.. malam gi nonton pawagam cerita jin notti.. saje2 nak hiburkan hati.. lepas gi tengok wayang tu singgah lah kat NZ, pekena teh tarik..
jumaat (25hb sept 2009)
edisi khutbah jumaat : Alhamdulillah kita telah tamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan ini. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan akan datang.
Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkahan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.
Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."
Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.
Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?
Natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepadaNya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun bagus tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.
Di antara tanda kita mengasihi akan Allah ialah mulut sentiasa berzikir (mengingati / menyebut) Allah, hati tidak lalai mengingati sesuatu selain Allah. Setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dulu adakah untuk nafsu atau Allah. Mana yang dirasakan untuk Allah diteruskan. Apabila melihat sesuatu hati terus teringat kepada Allah yang menjadikannya. Selain itu, sentiasa mendampingi orang alim (ulama) kerana mereka ialah pewaris nabi. Kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti. Jika hati menyintai nabi dan para ulama, insyallah kita bersama mereka di akhirat . Bagaimana pula agaknya kalau kecintaan beralih kepada para artis dan penyanyi? Nauzubillah...
Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan seterusnya.
"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.
sabtu (26hb sept 2009)
x gi mana2 pun duduk umah kemas2 barang untuk bawa pulang ke pekan.. hum.. saat2 cam nie lah aku x berapa nak suka.. sejak aku duk kat hostel lagi aku sering merasa something ajer bila nak keluar dari umah pusaka nie.. homesick kot aku nie.. maybe..
ahad (27hb sept 2009)
pulang ke pekan…. entah mungkin perkataan yang selalu sahabat aku katakan mungkin betul back to basic..