apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


12 September 2009

persiapan aidilfitri bab 2


pagi nie dengan penuh rasa ingin menghabiskan duit ke atas cicakcar atas dasar ingin lebih terjamin ketika orang yang memandu lebih selesa dan selamat.. bermula dengan destinasi pertama ke pejabat pos pekan untuk mengirimkan sesuatu untuk ayahanda dan bonda mentua di hari lebaran… kerana anakanda menantu tidak dapat pulang berhari raya.. anakanda menantu akan beraya bersama dinda anakanda menantu di kuala lumpur..


setelah mengepos barangan tersebut aku dan cik jah meneruskan perjalanan untuk ke pusat service produa di indra mahkota kuantan.. kena sampai sebelum kul 10.30pagi sebab aku dah buat temujanji untuk menservice cicakcar.. seperti biasa pengurusan masa yang baik.. aku sampai kul 10.20pagi.. hum.. ramai giler orang kat sana.. “orang giler pun x ramai cam tu kat sana” tapi di sebabkan aku dah buat temujanji maka cicakcar aku akan di service mengikut masa… erm.. 2 jam aku tunggu baru siap.. sempat khatam majalah2 yang ada kat sana.. beginilah kalau ingin kereta lebih selesa di jalanraya.. ingat orang tersayang..


apabila dah siap cicakcar aku nie.. rasa nak gi jalan2 kat kuantan jer.. nak cari baju raya bukan melayu.. hum.. pusing punya pusing.. x de yang berkenan.. cik jah pun sama dok belek2 macam dah nak membeli last2 tinggal jer balik.. x de rasa nak.. so, x jadi lah nak membeli… mungkin selera ada di kuala lumpur.. hum.. tengok lah jadi ke dak tah membeli di KL…



NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : SUDAHKAH ANDA MENSERVICE KERETA UNTUK PULANG BERHARI RAYA…? JIKA BELUM PASTIKAN KENDERAAN ANDA MENDAPAT ZAT YANG SECUKUPNYER… JANGAN LUPA LETAK MINYAK RON 95.. KALAU ANDA X MAMPU LETAK RON 97.