persiapan aidilfitri bab 5 - dari pusara ke pasaraya
pagi2 lagi dah bangun.. hum.. rasa teruja pulak hari nie.. mahu x nyer nak gi bersihkan pusara ayahanda dan bonda serta kekanda.. kul 7 lebih azwan dah datang, planning nyer aku ngan azwan jer nak gi bersihkan kubur.. tiba2 lak Juliana dan nija pun nak ikut.. sampai ajer depan pagar kubur dah ada orang dok jual2 bunga.. tu yang aku malas nak gi bila hari raya.. dah jadi cam kubur cina pulak, orang datang beli bunga dan letak kat atas kubur.. hum.. bukan bunga yang diminta oleh ahli kubur tapi doa dari makhluk yang hidup2 nie..
pusara pertama ialah cik kemudian kak silah dan last ayah.. bersihkan2, cangkul sikit rumput2, baca2 ayat serta doa… kali nie pergi tak terasa sangat sebab pergi ramai2 lagi satu ramai orang lain gak yang ada.. tapi kalau aku gi sorang2 touching aku.. kadang tangkap leleh… kul 9 baru siap..
lepak2 kat umah.. dulu sebelum nak menjelajah kat KL.. (sogo - jalan tar – masjid jamek – carefour wangsa maju – bazzar ramadhan taman greenwood) balik letih beb… berbekal duet yang ada (bantuan kewangan kerajaan) shopping time lah kat KL.. masa aku gi sembahyang jumaat cik jah dah mula survey baju2 yang berkenan di hati.. dia pusing2 sogo.. tengok2 pakaian.. lepas jumaat lah start kami membeli.. payah gak nak mencari pakaian perempuan yer.. banyak memang banyak.. tapi nak berkenan tu memang payah, hum.. last2 gi first lady kat jalan tar.. dapat gak dia 2helai baju.. sementara cik jah cari saiz, aku sempat gak gi rembat sehelai baju kat G.S.Gill.. on the way nak naik lrt kat station masjid jamek aku capai lagi sehelai baju.. cukuplah 2 helai baju raya bukan melayu untuk aku..
aku ingat nak balik ajer umah letih dah nie… sepagi penuh aktiviti.. tapi adik tepon nak ajak gi carefour sebab nyonya yang jahit baju kakak dia kata tak cukup kain lah pulak… hum.. terus lah ambil kereta kat station sentul pick-up adik aku kat umah then terus ke carefour wangsa maju (kedai kain nagoya), hum.. dalam sebok2 orang nak cepat, cik jah sempat jugak ambil sehelai skirt.. lepas tu terus lah ke bazzar ramadhan untuk membeli juadah berbuka.. hari ni berbuka 3 orang (aku, cik jah ngan nija) juliana kerja, keluarga azwan berbuka bersama mentua.. lepas berbuka aku dah terbongkang keletihan..
NOTA KAKI KUKU KAKAK KU KAKU : PERISTIWA YANG MENARIK HARI INI.. ADA ORANG JUAL TOPENG MUKA DIA SEBUT.. TOPENG MASK.. TOPENG MASK.. TERINGAT AKU MASA KAT BANDUNG MASATU TGH PILIH LAUK, PAK, INI IKAN APA..? IKAN MAS.. IKAN APA..? IKAN MAS.. (IKAN EMAS BUAT MASAKAN KER..?)