apa yang saya lihat tak semestinya betul.. apa yang saya dengar tak semestinya tepat.. apa yang saya tulis tak semestinya benar..
habis tu..! kalau tahu saya salah kenapa tak nak tegur?

YouTube : [search] juzailialias

juzailialias@yahoo.com.my


14 September 2009

satay zul vs ana ikan bakar = bazaar ramadhan…


untuk memenuhi selera ramadhan bersama teman2 satu program berbuka puasa di luar diadakan secara mengejut dan tanpa perancangan yang rapi… ingat tanpa perancangan.. dan jadinya seperti kisah berikut penuh dengan bebagai2 plan… dan akhirnya sukses..suksess..


perancangan awal di atur dengan penyertaan yang tidak perlu diundang iaitu en fahmi (yg mengurus) dan en zamri (yg member idea).. aku!!! aku x payah cakap lah kalau mereka2 nie ada.. aku join ajer.. bak kata aiman… aiman tak kesah… peserta2 lain yang di jemput turut menyertai adalah en hasbie dan en mad (kedua2 nya ada agenda masing) jadi … kami bertiga ajer lah… bertiga pun bertiga lah.. tetap on..



bermula dengan destinasi pertama ke bazaar ramadhan kuantan yang makin lama makin meletoopss.. iaitu depan masjid negeri.. dengan suasana yang begitu menarik menantikan senja.. (waktu berbuka)



kami telah mengambil keputusan untuk membeli makanan untuk alas perut sahaja kerana makanan utama yang dirancang adalah satay lebih tepat lagi satay zul kuantan.. hum.. agak glamor dikalangan warga kuantan..



setelah juadah berbuka dijamah.. terus ajer menunaikan solat maghrib di masjid tersebut.. dan kemudian nya bermulanya kisah mencari satay zul… HQ satay zul tutup!!!! adush… contact hasbie.. mana lagi ada satay kat area kuantan nie… ?? area lim copy.. pun tutup… terus fahmi mengambil keputusan untuk ke beserah… ternyata kami insan yang lemah hanya mampu beserah… tutup juga.. akhirnya.. tukar plan ana ikan bakar tanjung lumpur.. masa tu masing2 dah terasa nak terbakar dah, mahu tak nya dekat kul 9.00 baru nak sentuh makanan utama.. tapi di sebabkan service cepat, makanan sedap.. harga berpatutan.. cukup rasa.. masing2 berpuashati, lepas tu se’eh semacam jer masing2 lepak2 dekat kul 10.30 gak lah baru bertolak balik umah..