persiapan aidilfitri bab 1
kehadiran aidilfitri selalu dikaitan dengan baju raya a.k.a baju melayu, ketahuilah kali pertama aku mengenakan sepasang baju melayu siap songkok adalah ketika aku mula bekerja dengan MARA.. masihkah kau ingat en suhaimi (bukan nama sebenar) baju melayu sepasang berwarna chocolate yang aku beli ditemankan oleh mu di jaya jusco, taman maluri.. ha.. itu lah baju melayu pertama aku membelinye sendiri.. (baju itu juga adalah baju pengantin aku) kini masa telah berubah.. baju melayu untuk raya, akan dijahit oleh my wife a.k.a cik jah.. erm.. tiap2 tahun setelah aku berkahwin, dia akan menyediakan sepasang baju melayu untuk aku, dipadankan dengan warna yang sedondon dengan nyer.. tapi pada aidilfitri kali ini aku tertarik pada sehelai baju melayu yang fesyen tempat butang bajunya lain dari yang lain.. maka.. aku telah membelinya.. malangnyer hanya baju sahaja.. maka.. tugas cik jah lah yang ken jahit seluarnyer (payah juga nak cari warna kain yang matching dengan baju tu)… nak tengok hasilnyer kena lah tunggu hari lebaran..