al-kisah bulan puasa dulu2
sedar tak sedar.. hari ini merupakan hari ke 16 kita umat islam telah berpuasa.. sudah separuh penghulu segala bulan ini telah kita lalui.. cepat nya masa berlalu.. dan begitu pantas ia telah meninggalkan kita..
tiba2 ketika aku menulis blog ini aku ter ingatkan sepasang suami isteri yang telah meninggalkan kan aku di dunia ini.. mereka ialah cik ngan ayah aku.. mari kita flash back balik cerita 21 tahun dulu, masih lagi segar di ingatan aku ketika bulan puasa tahun tu, kami sekeluarga (7orang adik beradik + cik dan ayah) telah berpindah ke taman selasih.. rumah pertama dan terakhir cik dan ayah aku beli.. (sebelum nie kami sewa jer umah kat kg puah) dan pernah gak kena tipu beli tanah kat area taman batu muda..
hum.. masa tu aku baru darjah 3, kalau lah masa tu aku dah besar mesti aku cari orang tu sampai dapat.. tapi nak buat cam mana dah bukan rezeki kita kan.. hum.. pada malam pindah tu geng2 pasor ayah aku yang banyak tolong.. satu malam jer kami pindah.. dah macam alibaba bujang lapok semua barang bawak.. satu lagi, malam tu gak cik masak nasik minyak hujan panas.. colourful.. sedap.. lepas penat lelah kawan2 ayah tolong, terus makan.. (sahur kot)..
erm.. esok dah masuk hari ke 17 puasa.. hum nuzul al-quran.. teringat pulak masa aku kecik2 gi mengaji kat umah orang (kg puah).. agak jauh lah umah aku dengan umah nenek nie (jalan kaki jer).. jauh atau tidak itu x penting bagi aku.. tapi yang paling mengerikan aku ketika hendak pergi dan pulang ke umah nenek tu,
2 ekor ayam belanda kategori mr bean punya, dok asyik tunggu jer aku.. dan banyak kali gak aku kena kejar ngan ayam belanda nie.. kadang2 sehingga kini aku terfikir.. kalau setakat ayam belanda pun boleh kejar aku, nie kan pula manusia.. hum.. memang ler aku nie dah jadi bahan untuk di kejar agak nyer… (jangan kena kejar ngan along udah ler…)
sekadar mengimbas kenangan lalu.. sempena bulan ramadhan al-mubarak…