31 Disember 2008
akhir garisan 2008
30 Disember 2008
Y.E.S

lepas g sana, aku saje-saje nak jalan-jalan cuci mata kat area sogo.. mak ai.. ramai giler (selak orang baru jumpa barang).. kalau korang tak caya tengok ajer gambar yang dah aku sempat snap kat lobby sogo.. nasib baik gaji + bonus aku dah habis awal, kalau tak mahu gak aku rembat barang kat sana.. sabor zali.. sabor... actualy, aku ni rambang mata bila tengok sale.. mahu tak nyer.. bulan lepas lagi aku dah beli 2 helai baju opis (cap yang agak popular tapi harga murah giler..) + sock (cap hush puppies) untuk pakai tahun depan, masa tu pada awal-awal YES lagi.. cuma kali ni giliran my wife pulak beli kasut..
ha.. start 29nov-4jan sale tu... 
nampak tu.. ramai giler orang kat sogo ni, orang gila pun tak ramai macam ni.. hari kerja pun ramai orang gak..

2nd place = toilet LOW YAT (RM1)
ni dia rupanya pintu masuk tandas yang berharga RM1/entry (mamat bangla yang jaga)
.
3th place = toilet SHOPPING MALL 5* (RM.50)
5fh place = toilet RUMAH SENDIRI (FREE)
28 Disember 2008
selamat tahun baru - 1430h
26 Disember 2008
ayahanda
24 Disember 2008
adjust opis

aper macam blogger...? ok tak topik hari ini..? ok khan...
23 Disember 2008
bantal
hum... ngantuk!! rasa macam nak tidoo ajer. tapi kalau ada bantal sure lena nie.. he.he..he... semejak dua mejak ni lena aku tido.. mahu tak lena barang yang idamkan dah dapat beli.. apa benda tu yer..? erm.. dunia tanpa sempadan.. + - barang elektrik cik jah pun ada.. teruslah lena... tapi mungkin lepas nie masa tido aku pun akan berkurangan.. Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
21 Disember 2008
syaitan
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
V
V
V
V
V
V

Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di sekitar Lembah klang, singapore , Beijing & .....
Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan
Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg pakwe/makwe nya dah tunggu kat kereta.
Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

16 Disember 2008
ict user
serabut aku..!! serabut ker..? ke seronok..
erm.. kalau jadi 30hari beb.. so,..?
jadi..
tak jadi..
jadi..
tak jadi..
jadi..
tak jadi..
jadi..
tak jadi..
12 Disember 2008
aidiladha
.
oh yer.. mentua aku beraya di perak.. mereka buat korban kat sana.. tu pun last-last minit bagi tau aku.. so, aku tak dapat lah nak ikut sebab aku dah ada plan ngan adik-adik aku.. sejurus selepas adik-adik aku sampai mereka makan dulu sebelum operasi kami untuk menyerbu kerumah sedara mara nie.. sambil tu aku dah pesan kat adik-adik aku nie.. supaya tebalkan ajer telinga kalau lah kena perli ke apa..
berikut merupakan rumah yang kami kunjungi….
rumah cik ngah kuala dungun a.k.a mak cik sabet aku
rumah ayah teh a.k.a isterinya sepupu cik jah
rumah cik ngah sure a.k.a adik beradik ayah teh
rumah kak kiah a.k.a antara it yang aktive
rumah makcik amah a.k.a mak sedara cik jah.. kalau tak silap lah..
yang nie rumah memang kena g tapi tak dan gak nak pergi
abg long a.k.a abg sulung aku..
kak eton a.k.a kakak ipar aku..
mat ajan a.k.a anak buah aku..
balqis a.k.a anak buah aku..
abg ngah a.k.a abg kedua aku..
kak su a.k.a kakak ipar aku..
amir a.k.a anak buah aku..
amirul a.k.a anak buah aku..
azwan a.k.a adik lelaki aku..
baiti a.k.a adik ipar aku..
adib a.k.a anak buah aku..
faiz a.k.a anak buah aku..
juliana a.k.a adik perempuan aku..
aniza a.k.a adik bongsu aku..
04 Disember 2008
hari Q
.
aku jer.. macam terumbang ambik tak tahu nak masuk kursus mana, kejab kat senibina kejab kat aplikasi komputer.. lantak lah.. janji aku dah rembat banyak sijil.. kira-kira masa macam ni lah boleh kumpul sijil selain g kursus..
.
bukan payah pun kalau nak dapat paling kurang 2 sijil… kalau jaga punch card jangan bagi merah dah dapat sijil.. lagi satu kalau jaga diri jangan bagi sakit pun dapat sijil.. tapi nak dapat sijil-sijil lain tu.. kena lah usaha sikit contohnya nak kekalkan prestasi lebih 80% ke atas, pengajar terbaik di kursus, juruteknik terbaik dan lain-lain lagi.
.
di akhir majlis ini aku telah berjaya mengumpul 3 sijil iaitu sijil kedatangan terbaik (punch card bersih), sijil penilaian prestasi cemerlang (skt 80% ke atas) dan sijil pengajar terbaik kursus senibina yang nie dapat cenderahati sekali.. special sikit lah.. satu sijil aku terlepas iaitu sijil tiada cuti sakit (tak pernah ambil mc) seingat akulah aku tak de pun ambil mc sejak aku berkerja kat sini.. dah bukan rezeki nama tercicir nak wat cam mana..,
.
terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini..
03 Disember 2008
al-fatiha… (buat ayahanda haji ismail bin aman)
01 Disember 2008
bonda
30 November 2008
minggu yang indah..
hujung minggu, hari sabtu aku bersama my wife mulakan misi, misi utama untuk ke kuala kurau.. alan kahwin, selamat pengantin baru.. semoga berbahagia ke akhir hayat.. seperti rancangan, kami akan bertemu ngan suhaimi dan saad. macam-macam tempat diaorang set nak jumpa.. akhirnya exit taiping (utara) gak kita orang jumpa.. saad lah jadi navigator ke umah alan.. tak sesat beb cuma kadang-kadang tu pelik + jauh jer.. whatever lah.. janji sampai..
lepas dah g kenduri umah alan, kami g antor saad kat umah dia.. area bukit merah laketown resort.. lepas tu mereka lak antor aku ngan my wife kat hotel R&R gunung semanggol.. murah beb rm49 jer.. selesa beb, tapi kalau dah bayar rm49 tu jangan lah harap lah nak mintak macam-macam.. setakat towel dan sabun di bilik mandi.. adalah, opss berhawa dingin tau.. nak breakfast g lah makan kat R&R. dekat jer..
hari last misi, aku ngan my wife g bukit merah laketown.. tak masuk pun mana-mana tempat yang berbayar cuma round-round kat area tu ajer.. lain kali lah yer kalau nak masuk.. cantik tempat tu.. on the way balik.. aku singgah beli buah-buahan.. buat buah tangan.. untuk teman-teman aku di tsya, aku tak lupa untuk kalian.. walaupun punya teman lain.. ceh.wah..
*kenapa ada lagu kat sebelah gambor tu..? e-box. wa kena beb!!
23 November 2008
kl menjerit..
22 November 2008
teman
hari ni aku g opis.. kemas sikit barang-barang atas meja sebelum aku g kursus minggu depan lepas tu pulak aku nak bercuti, tak banyak barang nak kemas pun tapi saje jer aku gatai nak g opis mana tahu takut-takut rindu kat opis.. he.he..he… aku tak tahu lah kenapa aku suka g opis… memanglah beban kerja kadang kala tu banyak tapi mungkinlah ada teman-teman yang membuatkan aku merasa lebih seronok.. thanks teman-teman sekerja ku…
esok aku akan bertolak ke kl.. kl menjerit beb.. rancangnya awal-awal pagi aku aku nak start perjalanan bukan apa nak singgah kat hutan lipur lentang.. on the way balik kl dekat highway.. nak lepak-lepak hirup udara, tengok air terjun.. walaupun tak mandi cukuplah aku bersama my wife dapat meluangkan masa bersama..
esok jugalah family day untuk staff kat opis.. semoga semua nyer berjalan dengan lancar dan aman.. kepada teman-teman opis aku yang g family day tu harap-harap dapat lah bawa balik hadiah yang lumayan.. he.he..he… sorry bro.. gua tak dapat join.. ada misi yang lain..
teman-teman yang akan menjalani kursus bersamaku di kl, nantikan ketibaan aku kat sana.. kita sembang puas-puas.. makan puas-puas.. tapi kursus tetap kursus.. dan teman-teman aku yang berada di kl akan aku cuba untuk bertemu dengan keterbatasan masa yang ada…
jumpa di sana...
19 November 2008
al-fatiha.. (noor afida binti elias isteri kepada suhaimi bin sulaiman telah kembali kerahmatullah pada 19hb Nov 2008 jam 3.00pagi)
aku yang belum sempat bertemu isterinya walau sekali dapat merasakan bertapa sedihnya sahabat aku ini kerana belum setahun usia perkahwinan nya dia terpaksa menghadapi segala dugaan yang bukan calang-calang orang yang mampu untuk bertahan.. mana tidaknya, anaknya kini berusia hampir 3 bulan.. dan masih lagi di hospital kerana ibunya telah melahirkan nya seawal 7 bulan dalam kandungan atas sebab kesihatan..
aku sendiri tidak pasti apa sebenarnya penyakit isteri sahabat aku ni… dua tiga hari lepas aku baru merancang untuk jumpa dia di kursus minggu depan untuk tanya aper cerita bini dia, maklumlah kami akan berkursus sama kat hQ tu..
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul…. semoga rohnya dicucuri rahmah… buat sahabat ku sekali lagi tabah untuk menghadapi dugaan hidup ini dan jagalah permata hati yang telah ditinggalkan oleh isterimu sebagai penawar untuk terus hidup… al-fatiha… amin
18 November 2008
kursus
kursus tu berkenaan ngan web portal… erm.. jangan balik sini balik aku lak yang kena buat website udah.. g kursus tak sampai seminggu balik kena buat.. mampuh.. aku sorang lak yang g kursus tu dari pusat ni.. kadang2 tu hampeh gak bila kena g kursus macam ni.. tu yang leceh sikit. what ever lah.. janji program hujung bulan nie tak ganggu aku.. jadi cuti aku kena batal lah sebab aku kena g kursus… erm.. nak wat cam mana..
14 November 2008
majlis or jamuan
hari nie ada majlis cum jamuan perpisahan… untuk staff yang akan meninggalkan ikm nie, kira-kira last day lah hari ni.. berpindah atas dasar naik pangkat atau pun yang memang sengaja nak berpindah… aku malas nak join kalau ada majlis-majlis macam ni.. cukup lah dulu-dulu aku join… sekarang nie aku tak rasa majlis tu perlu pun.. sebab ada sekali tu aku g majlis seumpama itu naik menyampah tengok.. dah lah orang yang nak pindah tu memang dia mintak pindah.. tapi berucap macam tak nak pindah pulak, nangis-nangis, sayang sangat lah tempat ni konon nyer.. erm.. macam-macam pael ada.. hairan..hairan..
erm.. tapi tahniah lah kat jiran sebelah aku nie, kena or terpaksa pindah… tahniah ke takziah pun aku tak tahu.. hanya dia yang tahu.. sebab nyer cuma tukar jawatan.. tapi masih di pusat yang sama, gred gaji tak ubah pun.. status???.. entah!! hope apa yang dia akan lakukan di tempat baru biarlah ikhlas.. gud luck
aku??! masih di sini..
bagi aku majlis untuk meraikan sesuatu tak salah kerana usaha yang telah dilakukan berjaya.. cuma dah jadi macam adat atau tradisi.. dah jadi macam wajib pulak.. kena buat bila ada orang pindah, lepas tu makan.. makan.. makan... jadi lu rasa majlis macam ni perlu ker..?
lu.. lu.. lu pikir lah sendiri… assalamuaikum…
12 November 2008
sajak kematian
08 November 2008
bank-in cek
bukan apa.. cek yang aku dapat g gubal soalan tu nak kena bayar balik duit yang aku loan kat unit.. kalau tak cukup, tak kan nak pakai duit aku pulak… tak berbaloi.. kalau lah macam tu tobat aku tak nak g dah.. bior orang lain pulak g… aku g pun hari tu, sebab dah tak ada orang yang nak g.. kadang2 aku rasa, aku nie pelik gak.. suka g buat kerja-kerja macam tu.. aku rasa aku nie dah dapat badi dR. azimuddin lah.. boss lama aku.. ex-boss aku ni, masa aku kerja ngan dia satu malaysia aku round.. masa tu ada projek dasar tanah negara.. semua pej. tanah dan galian negeri aku lawat, masa tu ingat lagi, claim berbukit-bukit tapi tak tahu lah apa yang aku dapat beli.. joli banyak kot masa tu…erm.. tadi aku g bank-in cek.. banyak giler orang kat bandar.. rupa-rupanya ada persidangan perwakilan umno bahagian.. patut lah ramai sangat orang berbaju melayu.. aku terus ke cimb bank untuk masukan cek aku tu.. lepas tu aku keluar kan lah duit sikit untuk belanja dalam seminggu ni.. erm.. harap-harap lepas clear cek tu, lepas bayar loan unit.. dapat lah aku duit sikit nak buat modal nak g jalan-jalan hujung bulan nie.. baik punye projek… ambil cuti lama…
01 November 2008
hari berbelanje
so, kena lah cari stock lebih sikit.. aku g giant kul 11pg sampai aje sana dengan list yang my wife dah tulis barang2 yang hendak dibeli, mula lah operasi mengambil barang2.. tiba2 aku hangin. mana tak nyer yang tak de dalam list pun dia ambil gak.. wah.. main petik ajer barang yang dia nak.. nampak macam banyak jer.. mahu tak banyak RM202.50 habis.. hum.. aku sweep aje lah…
balik dari giant lepak2 kat umah jab kemudian ke mydin pulak.. cari barang2 yang tak jumpa kat giant.. letih gak tapi nak wat cam mana hidup berkeluarga.. kena lah korbankan sikit kalau tak.. dapur tak berasap… hum.. malam. aku terima sms yang mengatakan isteri penyelaras kursus tlkm tempat aku bertugas telah kembali ke rahmahtullah petang tadi… al-fatiha.. semoga rohnya dicucuri rahmat..sebaik sahaja terima msg tu aku siap2 nak g umah keluarga tersebut.. ucap takziah.. nasib baik my wife swimming enggak, kalau tak lambat lah nak tunggu dia bersiap, kalau dah lambat bersiap lambat pulak nak g.. malam tu lepas balik dari umah tersebut aku g makan kat luar bersama my wife, kerana my wife tak sempat nak masak.. romantik giler makan kat luar.. maklumlah tak selalu kami makan kat luar…
27 Oktober 2008
pulang
pagi ni lepas tengok2 dia orang balik aku g pasar besar dungun.. erm.. sampai sana jer aku terjumpa kawan ayah aku.. nama dia deraman.. lebih mesra lagi orang panggil dia deraman ngintai.. tak tahu lah sebab apa orang panggil dia macam tu.. maybe masa kecik2 dia nie suka skodeng orang.. he.he..he…
aku nie kalau balik area dungun nie kena lah buat2 kenal orang. bukan apa, muka aku ni klon ayah aku… dah tu bila orang tengok aku sure dia orang teringat kat ayah aku.. macam rajin jumpe jer.. itu lah ayat yang biasa aku dengar.. nak2 lagi masa kenduri kat umah mentua aku ni.. aku ni tumpang glamour ayah aku jer..
26 Oktober 2008
ziarah..
sebelum aku g aku dah baca macam2 doa.. bukan apa, aku dah tahu, sure berbakul2 aku kena membebel sebab dah lama tak g umah dia.. mana tak nyer kak esah nie best friend arwah mak aku.. sampai2 ajer kedai rempah dia.. aku buat2 nok beli rempah.. bila dia tengok aku jer.. terus tarik muka, sambil bising kat aku lah.. bini aku yang ada kat situ pun terkezut.. aku apa lagi… baik punya ayat, aku minta maaf… terus dia cair.. biasa lah aku, kalau bab membodek, curi hati orang bagi lah kat aku… sure ramai yang cair.. setakat nie skill yang aku ada tu aku guna tempat yang betul..
cerita punya cerita dah dekat 2jam aku kat kedai dia.. bukan apa bila nak start berborak ada jer orang mari nok beli… lebat gak in come kak esah nie.. lepas ajer umah aku g umah kak esah nie.. aku g cc untuk update blog aku nie lah..
tiba2 jer ym aku terkelip2 member aku on line, ni lah kali pertama aku on line ngan dia… hum.. aku rasa gembira betul bila dapat ber ym ngan mamat ni.. lama gak aku bual.. lepas g cc aku g makan keropok lekor dan abc kat tepi pantai… hum.. best giler.. mana tak nyer aku g ngan my wife.. lepas tu dapat lepak2.. borak2…
aku rasa hari ini aku dah memenuhi kehendak mak aku yang selalu berpesan supaya menzirahi kenalan2 ayah dah mak serta sedara mara supaya tidak putus.. pagi aku dapat jumpa kak esah yang jadi best friend mak aku.. walau pun kena bebel aku tetap maintain.. sempat gak aku mengepau rempah dia..
25 Oktober 2008
jamu bek woh
dengan tak mandi pagi lagi, mandi jer tak. sembahyang subuh buat, aku dah sebok2 susun kerusi meja untuk majlis kenduri.. thanks pak cu.. pak cu ni pak sedara my wife.. kira2 ngam gak ngan aku.. sekepala. dia nie lah banyak membantu kerja2 di majlis kenduri ni walau pun ada 2 orang anak tapi dia boleh handle.. respek lu beb.
ramai gak jemputan yang hadir.. cik ngh, abg hassan, aifa, nani, family azwan dan long bir pun datang gak, diaorang nie sedara mara belah aku.. masa diaorang datang aku sebok giler.. kena buat air.. pakej catering tak sediakan air.. jadi akulah kena bancuh air tu.. hum.. macam2 rasa, ada sekali tu manis sangat, ada masa pulak tawar.. tapi ais ler, jenuh nak cari..si pengantin tu sebok2 dok posing tangkap gambor.. aku dah malah nak layan.. mood aku dah memang hancus.. pak kan ajer aku ingat mentua aku.. kalau dah bla dah petang tu gak.. mana tak nyer lepas2 kenduri hujan pulak turun dengan selamba jer aku bermandikan hujan untuk kemas2 balik meja kerusi, sampah dan macam2 lagi lepas majlis tu.. aku bukan lah nak harap sangat balasan, apa yang aku dah buat.. tapi sekurang2nye hargai lah apa yang aku dah buat..
aku cakap macam tu sebab tak de sorang pun tanya aku dah makan ke belum, ajak makan.. kalau ada ajak pun masa2 tengah sebok.. mana aku nak layan.. lepas siap2 kemas semua kira2 kul 6ptg baru lah aku g mandi dan lepas2 tu aku tido n rehat sampai lah maghrib..
masa aku g umah cik ngah nie, orang kat umah mentua aku tengah dok posing2 ambil gambar family lah.. potong kek lah, apa2 lah… aku tak terkilan langsung sebab aku bukan nyer suka bergambar Cuma aku suka jadi jurugambar merakam aktiviti2.. aku bukan lah terro sangat merakam tapi hasil nya not bad lah..
bukan lah aku merajuk, tapi membawa diri ke umah yang aku rasa memberi sedikit keredaan terhadap suhu aku yang makin naik.. naik… dan naik… jadi sebelum meletup baik aku g selamat kan..
kul 11mlm baru my wife ambil aku balik.. dia mana boleh tido kalau aku tak da.. melainkan aku ada kursus, pandai pulak dia tido… kalau dak dok mengekor jer…. he.he..he…
24 Oktober 2008
my sis in law dapat suami
kira2 lepas isyak adik ipar aku akan menjadi isteri orang… acara akad nikah lah.. aku bukan lah orang penting sangat pun.. tapi ada gak kerja2 yang aku buat..
masa akad nikah tu aku rasa nak marah jer.. bukan lah aku jealous kat adik ipar aku tapi kat jurugambar.. dah lah mahal tapi belagak macam bagus jer.. aku nak gak tgk hasilnyer.. bagus ker tak.. lepas tu dia ajak lah satu family tangkap gambar.. disebabkan aku hangin malam tu aku tak layan pun..
senangnyer orang nikah sekarang nie yer.. siap ada ayat kat kertas tinggal baca jer.. senang2 pun 2 kali mamat tu.. okay lah malam tu gak lepas majlis tu aku g pasang sign board untuk ke rumah mentua aku.. bukan apa takut2 ada yang sosat jer..23 Oktober 2008
kemas umah mentua
Tapi mood aku petang tu angin sikit.. mana tak nyer, member yang aku harapkan buka pintu gua untuk student aku masuk buat kerja, dia tak buka.. hangin giler aku dengan student yang tepon cari aku..
22 Oktober 2008
undangan perkahwinan
21 Oktober 2008
dungun menjerit
sebelum sampai ke dungun aku singgah g services kereta dulu.. tukar lah apa2 yang patut, imbang tayar agar tidak gegar.. dan macam2 lagi lah.. lama tu dekat 2jam lebih aku kat sana.. lapor perut menunggu.. on the way balik tu g makan m’donalds kat kerteh, lama giler tak makan fast food terasa nikmat giler bila makan big mac…biasalah nak sampai umah mentua aku banyak gak check point yang aku kena g, memenuhi amanat mak ayah aku.. contoh nyer lah sedara mara aku area kemaman, paka dan macam2 lagi.. kira2 maghrib gak lah sampai kat umah mentua aku.. mana tak nyer sekali sampai sesebuah rumah tu bersembang tak ingat…
20 Oktober 2008
the day after le tour de’ perak
aku buat tak tahu jer.. kadang2 aku sampuk gak kasi line lagi panaz… saje2 jer. tapi bila aku perli atau cakap pun kadang2 tu bukanyer paham.. aku peduli apa, yang nyata esok aku dah start cuti.. sampai lah sehari lepas deepavali, aku nak g tulong mentua aku buat persiapan kenduri nikah adik aku.. konon jer lah..
partner aku yang g lawatan sama aku tak datang pulok hari nie.. barang yang kita orang beli untuk opis ada kat dia.. so esok jer lah rakan sekerja makan2 yer..
19 Oktober 2008
le tour de’ perak last day
pagi nie aku meneruskan operasi tangkap gambor student2 aku yang lewat bangun subuh.. student aku pun dah pandai.. nampak ajer aku pegang camera terus dia orang bangun..
hari ni hari terakhir lawatan, on the way balik kami sempat gak g teluk intan untuk melihat satu bangunan yang pelik tapi kukuh.. bangunan tu tak beberapa tegak, condonglah tu… lepak lebih kurang 1 jam sambil round2 town tu. kami meneruskan perjalanan yang agak lama untuk kembali ke tempat asal..
jam 7.30mlm sampai… macam sireh pulang ke ganggang..
malam tu my heart jemput aku kat opis, aku berkain pelikat jer malas nak tukar2 lepas sembahyang maghrib, bukan nak g mana pun nak balik umah jer… tiba2 jer my heart datang ngan pakaian yang agak menarik.. dia nak ajak aku g bandar nak g beli tudung pale.. mak ai harga rm 40 beb.. nak wat cam mana dah berkenan kenalah layan… pas tu barulah sampai umah..
di rumah aku keluarkan semua sekali apa yang aku bawak balik.. aku mula agih2 kan barang2 yang nak bagi kat orang2 tertentu serta my heart, nampak dia gembira sangat.. aku cukup gembila apabila melihat dia gembira.. itulah nilai yang tak dapat ditukarkan dengan harga sehelai t-shirt yang tak seberapa… melihat kegembiraan nya.
18 Oktober 2008
le tour de’ perak 2nd day
arh… hari ini relax sikit.. program sendiri jadi bolehlah ubah2 sikit, mengikut masa yang ada, destinasi pertama kami ke kellies castle, hum.. dulu masa aku study kat politeknik aku dah g dah.. dulu rasa aku lagi best sebab kawasan tu baru lepas pengambaran filem ana and the king jadi banyaklah binaan2 sementara ada.. kini hanya bangunan utama istana kellies yang ada itu pun tak siap2 sampai sekarang.. he.he..he… 
seterusnya perjalanan kami ke pasir salak.. tengok kompleks bangunan bersejarah zaman dolu2.. kami tak lama kat situ, sebab student aku ada misi yang lain.. student aku dah target nak g mandi laut kat teluk batik.. lepas round2, kami meneruskan perjalanan ke teluk batik. tiba2 jer brother bas ke jeti pulau pangkor..
bukan apa, kami g beli belah makanan laut untuk buah tangan.. aku pun beli gak, untuk opis aku syer ngan pengajar lagi seorang, save bajet.. untuk personal aku ada beli gak untuk my heart n yang terpilih sahaja termasuklah mother n father in law.. sape2 yang dapat tu kira2 orang2 terpilihlah yer.. yang tak dapat tu mungkinlah tertinggal atau tak de bajet..perjalanan terus ke teluk batik untuk memenuhi misi student aku.. sampai aje kat sana bukan main seronok lagi student2 tu.. macamlah tak pernah tengok laut terus terjun , padahal kat teluk cempedak lagi best..
aku nie, bila sampai sana aku jadi mabuk tengok kedai2 jual baju dan cenderahati kat teluk batik, aku bukan boleh tengok benda2 macam tu geram jer nak beli.. nak2 lak baju yang ada chop area situ tu.. aku rembat gak baju2 kat situ. habis gak duit aku melayang, tapi untuk orang2 tersayang apa salahnya.. nilai kasih sayang itu yang tak ternilai…lebih kurang kul 8.30 baru kami balik..
17 Oktober 2008
le tour de’ perak 1st day

lepas tu, baru aku kejut kan student aku untuk mandi n sembahyang subuh siapa yang tak bangun tu.. akan jadi mangsa camera akulah…
progam hari nie agak padat dan tersusun, lagi pun jumaat kena kejar masa untuk sembahyang jumaat.. bermula dengan tempat pertama ke uitm sri iskandar pada belah pagi dan pada petang pula ke ikm lumut..
16 Oktober 2008
last day xtvt week
14 Oktober 2008
2nd day xtvt rumah terbuka
sambutan rumah terbuka aidilfitri peringat institusi… erm.. mula dengan suasana yang nampak macam tenang pada mulanyer dengan susunatur ruang makan yang agak selesa, tiba2 menjadi kelam kabut apabila acara majlis dimulakan…
aku, bila acara bermula, seperti biasalah suka tengok gelagat atau telatah orang, hum.. aku akan pastikan aku masih lagi waras untuk bertindak dalam apa2 keadaan walaupun perut nie agak berbunyi, berbekalkan roti canai dan teh ais pagi tadi..
lemang berlaukan rendang dan serunding pun ada… itu pun aku x sempat… macam mana nak sempat.. dah makan berebut.. kadang2 untung juga jadi bdk2, bila berebut orang tidak mengata.. soto, laksa pun ada…
tahniah kerana majlis berjalan dengan lancar…
13 Oktober 2008
1st day xtvt weeks
yang penuh dengan misi n visi.. tak kurang pulak pengajar yang memberi sokongan...
walau bagaimanapun sokangan turut diberikan melalui apa2 cara..
kalau dok setakat merenung dari tingkat atas nie x dapet lah nak nolong.. setakat petang nie dah macam2 acara bdk2 aku menang ada yang dapat nombor, ada tu pulak x lepas2 nak
bernombor macam acara tarik tali.. mana nak larat kalau tangan tu asyik pegang pen nak banding yang tarik kabel hari.. dah tentu kalah.. cuba acara terompah gergasi, dah tentu2 dpt no 1
..
tengah orang dok sebok2 bersukan nie tiba2 datang lak datin2 yang baru turun dari kayangan.. bajet nak tgk2, silakan...

